Jangan kamu korbankan ISLAM tetapi berkorbanlah untuk ISLAM







::Salam perjuangan buat sahabat2 sekelian:: .
Åöäøó åóÐóÇ ÇáúÞõÑúÂäó íóåúÏöí áöáøóÊöí åöíó ÃóÞúæóãõ æóíõÈóÔøöÑõ ÇáúãõÄúãöäöíäó ÇáøóÐöíäó íóÚúãóáõæäó ÇáÕøóÇáöÍóÇÊö Ãóäøó áóåõãú ÃóÌúÑðÇ ßóÈöíÑðÇ *æóÃóäøó ÇáøóÐöíäó áÇó íõÄúãöäõæäó ÈöÇáÂóÎöÑóÉö ÃóÚúÊóÏúäóÇ áóåõãú ÚóÐóÇÈðÇ ÃóáöíãðÇ







Universiti Al-Azhar


Web Site Visitor Counter


<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Radio Ikim
<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>

~andai kita tahu ada mata yang sentiasa memerhati kita, sudah tentu kita tak berani untuk melakukan sebarang kejahatan.. dan YAKINLAH Allah sentiasa memerhati kita tiap saat dan ketika.. penuh teliti..~

~Burung ini terbang sambil bertasbih memuji Allah 1000x sehari semalam.. Mampukah kita berbuat demikian?..~

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasih

Ya Allah.

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah Mengingati dan menyebut namaMu

Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu

Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna

Hati yang khusyu’.

Ilmu yang berguna

Keyakinan yang benar2 mantap

Cara hidup yang jitu dan unggul

Selamatkan kami dari segala malapetaka

Ya Allah

Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain selain dari Engkau sendiri

Berikan kami iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri

Atau menyembah selain dari Engkau sendiri

Kembangkanlah lembayung RahmatMu kpd kami, keluarga dan anak2 kami

Jangan biarkan nasib kami ditentukan diri kami sendiri

Walaupun sekadar sekelip mata

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta

Perkenankanlah

amiin ya rabbal 'alaminn.."


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Tuesday, October 03, 2006
Wanita

Mengapa Wanita Mudah Menangis?

Suatu ketika, ada seorang budak lelaki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti....". Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa
sebab yang jelas". Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.

Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.

Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan


                                                         Renungan

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan  resah.  Masih mencari walau ada segalanya.  Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki.  Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,  Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang  yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh  Allah,  Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.  Didiklah mereka dengan panduan dariNya.  Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana  nantinya mereka akan semakin derita.  Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di  situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.  Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan  suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah  kasih dan sayang Allah.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan  menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan  lurus. Bahkan akan semakin membengkok.  Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal  Rabbnya.

Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki  akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan  semata-mata... tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri  kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah  Az-Zahra'  Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali  karamallahuwajhah"


Diburu dosa-dosa silam... bertaubatlah

SUATU hari seorang wanita yang hamil kerana perzinaan datang bertemu Rasulullah s.a.w. Dia meminta supaya baginda menjatuhkan hukuman rejam ke atasnya. Bagaimanapun Rasulullah memanggil wali wanita itu dan bersabda, Jagalah dia baik-baik dan apabila dia sudah melahirkan anak, bawa dia kepadaku. Selepas melahirkan anak, wanita berkenaan sekali lagi mengadap Rasulullah dan dia dihukum rejam sampai mati. Baginda menyempurnakan sembahyang jenazah untuknya.

Ketika itu Umar al-Khattab bertanya, Ya Rasulullah, kenapa Tuan menyembahyangkannya, sedangkan wanita itu telah melakukan zina? Rasulullah s.a.w. menjawab, Dia telah bertaubat, jika taubatnya dibahagikan kepada 70 orang di Madinah ini, ia masih mencukupi. Apakah ada orang yang lebih utama daripada seseorang yang telah menyerahkan dirinya kepada hukum Allah?'

Sememangnya di dalam menjalani kehidupan di alam fana ini, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Malah ada ketikanya ketenangan kita sering diganggu oleh dosa-dosa silam yang pernah kita lakukan. Ketika itu kita menjadi resah dan mungkin juga ada yang menitiskan air mata mengenang dosa-dosa yang pernah dilakukan. Namun menitiskan air mata sahaja tidak akan dapat memberi ketenangan kepada kita. Justeru, tiada jalan yang lebih baik selain menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan dan bertaubat kepada Allah kerana sesungguhnya sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang-orang yang suka bertaubat.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Seorang yang berbuat dosa lalu membersihkan diri (berwuduk atau mandi), kemudian dia solat dan memohon pengampunan Allah, maka Allah akan mengampuni dosanya.

Setelah berkata demikian Baginda mengucapkan firman Allah surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud, Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu sedang mereka mengetahui. Taubat berasal daripada perkataan taaba-yatuubu-taubatan, iaitu kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. daripada segala perbuatan dosa yang pernah dilakukannya. Golongan sufi menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama yang harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk mencapai ma'rifatullah (hakikat). Adalah sesuatu yang sia-sia jika seseorang hamba itu terus melompat ke atas anak tangga seterusnya seperti zuhud, warak dan sabar tanpa terlebih dahulu membersihkan dirinya daripada segala dosa yang pernah dilakukannya dengan cara meminta keampunan kepada Allah dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Taubat harus dilakukan dengan segera tanpa menunggu ajal tiba, ini kerana taubat yang dilakukan ketika nyawa sudah di  kerongkongan merupakan taubat yang sia-sia. Firman Allah  dalam surah An Nisa ayat 17 hingga 18 yang bermaksud, Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka, mereka itulah yang diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) ia berkata, Sesungguhnya aku taubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi mereka Kami sediakan seksa yang pedih.''

Hati yang bersih setelah bertaubat merupakan sumber kedamaian dan ketenangan. Melalui ketenangan itulah ia akan membantu kita mengatasi masalah hidup dan tidaklah lagi berasa dibebani dengan dosa-dosa silam. Justeru selagi nyawa dikandung badan, selagi pintu taubat masih terbuka, maka ambil kesempatan tersebut untuk kembali ke jalan Allah.

Posted at 02:17 pm by assoleh

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry