Jangan kamu korbankan ISLAM tetapi berkorbanlah untuk ISLAM







::Salam perjuangan buat sahabat2 sekelian:: .
Åöäøó åóÐóÇ ÇáúÞõÑúÂäó íóåúÏöí áöáøóÊöí åöíó ÃóÞúæóãõ æóíõÈóÔøöÑõ ÇáúãõÄúãöäöíäó ÇáøóÐöíäó íóÚúãóáõæäó ÇáÕøóÇáöÍóÇÊö Ãóäøó áóåõãú ÃóÌúÑðÇ ßóÈöíÑðÇ *æóÃóäøó ÇáøóÐöíäó áÇó íõÄúãöäõæäó ÈöÇáÂóÎöÑóÉö ÃóÚúÊóÏúäóÇ áóåõãú ÚóÐóÇÈðÇ ÃóáöíãðÇ







Universiti Al-Azhar


Web Site Visitor Counter


<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Radio Ikim
<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>

~andai kita tahu ada mata yang sentiasa memerhati kita, sudah tentu kita tak berani untuk melakukan sebarang kejahatan.. dan YAKINLAH Allah sentiasa memerhati kita tiap saat dan ketika.. penuh teliti..~

~Burung ini terbang sambil bertasbih memuji Allah 1000x sehari semalam.. Mampukah kita berbuat demikian?..~

"Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasih

Ya Allah.

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah Mengingati dan menyebut namaMu

Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu

Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu

Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna

Hati yang khusyu’.

Ilmu yang berguna

Keyakinan yang benar2 mantap

Cara hidup yang jitu dan unggul

Selamatkan kami dari segala malapetaka

Ya Allah

Kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain selain dari Engkau sendiri

Berikan kami iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri

Atau menyembah selain dari Engkau sendiri

Kembangkanlah lembayung RahmatMu kpd kami, keluarga dan anak2 kami

Jangan biarkan nasib kami ditentukan diri kami sendiri

Walaupun sekadar sekelip mata

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta

Perkenankanlah

amiin ya rabbal 'alaminn.."


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Tuesday, October 03, 2006
Teman Dalam Kubur

AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya
akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan
mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!". Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat".

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"
Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN.


Posted at 02:16 pm by assoleh

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry